Tarikh: 1 Mei 2017 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Jumlah
kehadiran: 12 pegawai
1. Ucapan
Pengerusi
1.1 Uthaya Sankar SB selaku Pengerusi mengalu-alukan para Pegawai Insaniah yang
menyertai mesyuarat kali ini (17/02) serta mengucapkan terima kasih atas
komitmen berterusan yang diberikan.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti Insaniah masih
secara kerjasama dengan pelbagai pihak, tetapi hal ini tidak menjadi masalah
kerana usahasama ini membawa kebaikan kepada setiap pihak terbabit.
2. Pembentangan
Minit Mesyuarat Lalu
2.1 Prabhawathy Govindarajoo selaku Setiausaha
membentangkan Minit Mesyuarat 17/01 bertarikh 1
Februari 2017 untuk diluluskan.
2.2 Minit
mesyuarat berkenaan disahkan sebulat suara oleh semua Pegawai Insaniah yang telah
menghadiri mesyuarat itu.
3. Pengesahan Ahli Baharu
3.1 Setiausaha
memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan keahlian baharu diterima. Jumlah
keahlian sehingga kini kekal 16 orang.
4. Pembentangan Laporan
Kewangan
4.1 Adam Arokia Ammaradass selaku Bendahari membentangkan
laporan kewangan bagi 1 Februari – 30 April 2017 untuk diluluskan.
4.2 Sehingga 30 April 2017, jumlah wang terkumpul tidak
berubah kerana tiada apa-apa wang masuk dan wang keluar sejak mesyuarat lalu.
5. Pembentangan
Laporan Aktiviti
5.1 Pengerusi
melahirkan rasa puas hati dengan komitmen dan kerjasama para Pegawai Insaniah
dalam merancang dan menjayakan pelbagai aktiviti bagi tempoh dari 1 Februari
hingga 30 April 2017
5.2 Kebanyakan aktiviti Insaniah adalah secara kerjasama,
khususnya dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Persatuan Kebajikan
Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) dan Pusat Kebudayaan India (ICC).
5.3 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan
program Bengkel
Keluarga Harmoni di Aulong
Lama, Taiping pada 11 Februari 2017.
5.4 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan
program Penghayatan
Bahasa dan Sastera di Taman Sri
Muda, Shah Alam pada 26 Februari 2017.
5.5 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan Bengkel Mencungkil Kreativiti di Aulong Lama, Taiping pada 11 Mac 2017.
5.6 Pengerusi Insaniah memenuhi undangan Suganthi Manivelu untuk mengendalikan Bengkel
Pengucapan Awam Berkesan di Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja, Kuala
Lumpur pada 15 April 2017. Bengkel ini selaras cadangan Suganthi Manivelu dan V. K.
Ezhilarasi Velautham @ Krishnan pada mesyuarat lalu.
5.7 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan Bengkel Komunikasi Awam Berkesan di Pusat Kebudayaan India, Brickfields pada 26 Mac 2017.
5.8 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan
program Bakat
Seni dan Budaya Masyarakat Malaysia di Pusat Kebudayaan India, Brickfields pada 16 April 2017.
5.9 Pegawai Insaniah terlibat dalam membantu menjayakan Bengkel
Memperkasakan Wanita di Aulong
Lama, Taiping pada 29 April 2017.
6. Cadangan
Aktiviti Akan Datang
6.1 Mesyuarat
bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Kavyan, Sangam, ICC, dan sebagainya;
jika melibatkan program kemahiran insaniah.
6.2 M. Vanitha
Murugan diminta mengemukakan maklumat lanjut berhubung cadangan Seminar Motivasi bagi remaja kaum India
pada mesyuarat akan datang.
6.3 Aktiviti pada Januari/Februari 2018 sempena Mesyuarat Agung Tahunan Insaniah. Pada
mesyuarat lalu, V. K. Ezhilarasi Velautham @
Krishnan telah mencadangkan
aktiviti berbentuk gramotsavam, iaitu
acara santai berbentuk didik hibur yang menggabungkan seni, budaya dan
permainan tradisional kaum India. Pengerusi mencadangkan supaya program ini dilaksanakan
di Taiping, Perak dengan kerjasama Kavyan, Sangam, Kuil Sri Maha Sivalayam
Aulong, dan Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan
Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang. V. K. Ezhilarasi diminta membentangkan perancangan lanjut aktiviti
ini pada mesyuarat akan datang (Ogos 2017).
6.4 Para pegawai yang mempunyai
sebarang cadangan aktiviti diminta mengemukakannya dalam mesyuarat akan datang.
7. Hal-hal
Berbangkit
7.1 Pengerusi
membuka peluang kepada para Pegawai untuk membincangkan hal-hal lain yang tidak
termasuk dalam agenda di atas, tetapi dirasakan perlu dibincangkan segera.
Bagaimanapun, tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.
8. Penangguhan
Mesyuarat
8.1 Para
Pegawai bersetuju supaya Mesyuarat Pegawai Insaniah seterusnya diadakan pada 1 Ogos
2017, pukul 8:00 malam.
8.2 Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 10:00 malam.